Tempat-tempat menarik di Terengganu

Kuala Terengganu terletak di muara Sungai Terengganu pernah pada suatu masa dahulu menjadi pelabuhan utama kepada pedagang dan pelayar dari seluruh pelusuk dunia. Sebagai bandaraya warisan pesisir air sedang membangun, Kuala Terengganu bakal menjadi pusat tumpuan pelancong dan koridor kepada pelabur. Bandaraya ini dilimpahi pelbagai produk dan tarikan yang menawarkan keunikan tradisi warisan tempatan, budaya yang kaya dan keindahan alam semulajadi serta keramahan masyarakatnya menjadikan ia destinasi yang unik.

  • Kompleks muzium terbesar di Asia Tenggara dengan kawasan seluar 27 hektar 
  • Mempunyai 10 galeri utama (Galeri DiRaja, Galeri Tekstil, Galeri Kraftangan, Galeri Petroleum, Galeri Sejarah, Galeri Senjata, Galeri Sumber Alam, Galeri Pelayaran dan Perdagangan serta Galeri Perikanan dan Taman Laut.)
  • Mempamerkan Batu Bersurat Asal Terengganu di pintu masuk utama Muzium Terengganu.
  • Istana tradisional Terengganu yang asal digubah dan dibina semula di kawasan muzium.
  • Taman Tamadun Islam adalah taman tema hiburan pendidikan berkonsepkan Islam yang pertama di dunia.
  • Mempunyai 22 buah replika monumen dan masjid terkenal dari seluruh dunia dan juga replika kincir air tradisional.
  • Terdapat kedai cenderahati, restoran dan dewan konvensyen untuk kemudahan pengunjung.
  • Masjid Kristal yang ikonik
  • Menyediakan makan malam di atas bot Cruise, menyusuri pulau-pulau dan sungai Terengganu
  • Menawarkan pelbagai barangan keperluan harian, cenderamata, makanan, pelbagai produk segar dari laut, daging, ayam, sayuran, rempah ratus, buah-buahan dan lain-lain barangan keperluan.
  • Ruangan atas menawarkan barangan cenderahati seperti songket, batik, produk kraftangan, barangan tembaga, baju lelaki dan wanita dan kuih muih tradisional
  • Salah satu tempat yang paling popular dikalangan penduduk tempatan dan pelancong.
  • Pembuat bot tradisional di Pulau Duyong terkenal dengan kepandaian membuat bot tradisional yang tahan lama dan tanpa rangka pelan.
  • Mereka mengadunkan elemen kontemporari dan tradisional melalui ilmu yang diperturunkan daripada generasi terdahulu dan masih mengekalkan warisan dan budaya.
  • Dibina dengan gabungan teknologi moden dan ketepatan tradisional tempatan.
  • Dicari oleh pelayar antarabangsa kerana kepercayaan kepada pengalaman pelayar.
  • Mempunyai 3 pembina bot tradisional yang utama di Pulau Duyong.

Usability hacks



Koperasi PHT, Bangunan 3 Tingkat MDHT
21700 Kuala Berang,Terengganu
T: +609 682 5555   F: +609 682 5556
E: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


Terms of Use
Copyright
Privacy & Security Policies


Latest News
Videos & Audios
Gallery Of Events


Need more information? Send us your Enquiries and we will get back to you with a quick answer.