Idea penubuhan PHT Travel adalah satu cetusan menyambut seruan Dasar Pembangunan Keusahawanan Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang bertujuan untuk menggalakkan dan memantapkan pembangunan keusahawanan yang lebih terancang dan holistik di kalangan IPT.
Gabungan 3 unit di PHT seperti Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Keusahawanan dan Koperasi PHT akan dapat membantu PHT Travel yang bertindak sebagai inkubator yang mampu menarik dana, memupuk generasi usahawan teknologi muda, membina kapasiti dan perkongsian dengan rakan kongsi juga sebagai satu platform untuk menarik pelajar menceburi keusahawanan dengan penerapan melalui awareness, pembudayaan dan pengukuhan dan kesedaran keusahawanan.
Melalui strategi NBOS juga, selain daripada penekanan terhadap keusahawan, PHT Travel yang diletakkan di bawah koperasi PHT juga sebagai satu klinik kepada pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan untuk belajar secara praktikal di luar kelas selain pembelajaran teoritikal. PHT Travel yang mempunyai akan rakan strategik dalam menjayakan operasi PHT travel ini yang bertindak sebagai mentor iaitu Agensi Pelancongan HRM dan juga supplier dari Kenyir Houseboat.
